Tuesday, May 4, 2010

Pusat Jagaan Nuri

Pusat jagaan Nuri (http://nurisetapak.blogspot.com) adalah sebuah pusat yang penghuninya terdiri secara umumnya kanak-kanak terbiar atau yang mempunyai masalah keluarga.

Contohnya, ibubapa yang entah tidak tahu di mana manakala anak-anak ditinggalkan di rumah neneknya yang sudah terlalu uzur. Atau anak-anak yang tidak lagi diingini oleh suami baru ibu mereka, anak-anak ibu tunggal yang baru ditinggalkan suami dan ibu mereka terpaksa keluar mencari nafkah yang lebih sedang anak terpaksa ditinggalkan tanpa ada yang memantau dan lain-lain lagi.

Keadaan pusat jagaan Nuri yang tidak mendapat bantuan yang sepatutnya dari pihak tertentu (permit untuk operasi telah diluluskan tetapi tiada bantuan kewangan yang dijanjikan sejak 3 tahun yang lalu, walaupun setelah berkali-kali memohon) adalah penuh dengan segala kekurangan. Kami benar-benar berharap ramai yang dapat membantu supaya sekurang-kurangnya keperluan asas anak-anak ini dapat ditampungi. Berikut adalah barang2 keperluan yang mereka perlukan hasil tinjauan dan perbualan kami dengan penjaga pusat jagaan.

Keperluan pusat jagaan itu sendiri:

  1. Kipas dinding: 4
  2. Seterika : 2 (yang ada sekarang hanya 1 untuk lebih kurang 40 orang, itupun dah pecah2)
  3. Papan menggosok (iron board): 2
  4. Rak pinggan di dapur
  5. Selimut : 36
  6. Bantal : 36
  7. Cadar katil : 36
  8. Rak buku
  9. Almari : 8 (almari yang ada dah kopak2, ada yang pakai office cabinet (lama) tempat orang simpan fail)
  10. Jam dinding : 3
  11. Water dispenser : 2
  12. Tempat gantung baju yang dah dipakai
  13. Tempat gantung baju basah (ampaian)
  14. Hanger
  15. Mesin Basuh (sekarang ada satu, tapi pada pendapat kami x cukup utk menampung 40 penghuninya)

Keperluan anak-anak:

  1. Buku tulis
  2. Tumbler air + snack boxes (untuk bekal ke sekolah): 36 set
  3. Kasut sekolah: 36 pasang
  4. Stokin :36
  5. Selipar :36
  6. Beg sekolah : 36
  7. Pakaian sekolah pagi (setakat ini masing2 ada cuma sepasang seorang!)
  8. Pakaian sekolah petang (juga cuma sepasang seorang)
  9. Scientific Calculator : 5 (ini untuk beberapa `abang' dan `kakak' yang bersekolah menengah)
  10. Naskhah Qur'an: 15
  11. Set Iqra': 5 set
  12. Rehal : 15

Pembaikpulihan pusat:

Terdapat kawasan di dalam rumah yangperlu dibaikpulih. Diharap ada pihak yang mahu membantu:

  1. Bumbung bocor di kawasan balcony. Balcony ini agak luas dan selama ini digunakan tempat anak2 berkumpul membuat homework. Kadang2 cuti sekolah, ada `abang'/'kakak' yang pulang dari sekolah akan tidur di balcony jika bilik dah terlalu ramai orang. Sekarang dah dikunci kerana penjaganya bimbang disebabkan ada wayar dalam bumbung yang bocor itu.

  2. Toilet bahagian atas rumah.

Kami benar-benar berharap ramai yang menghulurkan bantuan untuk menampung keperluan di atas, baik dari segi barang itu sendiri mahupun kewangan. Buat pengetahuan semua, setakat ini walaupun dalam penuh kekurangan, pusat telah banyak membantu anak-anak yang mulanya seperti tidak ada masa hadapan menjadi antara pelajar yang baik di sekolah dan ada yang diterima masuk ke asrama2. Dan kami kagum bagaimana penjaganya yang satu boleh mendisiplinkan dan membahagiakan anak2 ini dan kami benar-benar berharap keperluan pusat dan anak-anak yang sangat diharapkan oleh penjaga yang sangat berdedikasi ini dapat kita penuhi.


Untuk menyumbang,

Bank
:
PUBLIC BANK BERHAD CA WANGAN MEDAN IDAMAN GOMBAK, K.LUMPUR
No Akaun
:
3986237702
Penama Akaun
:
PERSATUAN KEBAJIKAN RUMAH PERLINDUNGAN TERATAK NUR INSAN KL & SELANGOR