Tuesday, March 23, 2010

Tabung Pembelian Bas untuk Rumah Kasih Harmoni (RKH)

TABUNG PEMBELIAN BAS UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

Assalamu'alaikum, wrt.Wbt.

Usaha untuk membantu anak-anak di RKH ini kami teruskan dengan mempelawa tuan/puan untuk membantu mencari keperluan yang sangat mendesak buat masakini di RKH.

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah untuk mendapatkan sebuah bas sebagai ganti kepada bas yang sediaada (WY 7778 – keluaran tahun 1970an) yang keadaannya kita seamakin uzur dan tenat.

Untuk tujuan itu pihak kami membuka peluang kepada tuan/puan untuk menyumbang khusus kepada Tabung ini melalui beberapa cara :

A) Setiap sumbangan melalui cek/hendaklah dinyatakan dan ditulis di belakang cek TABUNG PEMBELIAN BAS dan diposkan kepada alamat yang akan dinyatakan.

B) Money Order atas nama RUMAH KASIH HARMONI dan diposkan kepada alamat yang akan dinyatakan. Sila lihat contoh cek dan money order di:

http://rumahamal.fotopages.com/?entry=1900422&back=http://rumahamal.fotopages.com/?page=2

POSKAN CEK ATAU MONEY ORDER KE ALAMAT BERIKUT:
Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Kesihatan Malaysia (YKPPM)
1-1, JalanDesa 9/6, Bandar Country Homes,
48000, Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel/ Fax: 03-6733 1759.

Sila tulis di mana-mana bahagian belakang sampul surat dengan perkataan Tabung Pembelian Bas untuk RKH

C) Sekiranya tuan/puan tiada kesempatan untuk mengirim melalui pos cek atau wang pos berkenaan, tuan/puan masih boleh bank-in kan sumbangan tersebut keakaun RUMAH KASIH HARMONI:

MAYBANK: 5121- 8313- 4032
CIMB BANK: 1435-0004917-05-8

Jumlah kutipan keTabung Pembelian Bas untuk RKH ini akan disiarkan perkembangannya di link: http://www.rumahamal.org/bas.htm.

Untuk tujuan itu tuan/puan yang telah menyumbang kepada tabung ini, diharap dapat mengemukakan butiran-butiran berikut agar link ini dapat dikemaskini dari masa ke semasa:

NAMA: Samada nama syarikat, persendirian, gelaran dsb.
RUJUKAN: No. Cek & Bank Pembayar, No. Siri Wang Pos, No.Rujukan online banking atau cash deposit.
JUMLAH SUMBANGAN: Sila nyatakan jumlah yang telah disumbangkan.

Sekiranya sumbangan tuan tidak tersenarai di dalam jadual di laman web tersebut, sila maklumkan kepada:
Puan Fauziah atau email terus ke: info@ ykppm.org.my dengan butir-butir yang dinyatakan di atas.

PERHATIAN:
  1. Tarikh akhir untuk TabungPembelian Bas bagi Rumah Kasih Harmoni ditetapkan pada 15 Disember 2010, Selepas tarikh tersebut pihak kami akan menilai dan membuat keputusan berdasarkan jumlah kutipan yang terkumpul bagi tujuanPembelian Bas ini.

    Keutamaan yang akandiberikan kepada tabong pembelian bas ialah:

    a) Membeli sebuah bas baru 40 penumpang yang benilai kurang lebih RM.160,000.00.

    b) Membeli sebuah bas terpakai 40 penumpang yang bernilai kurang lebih RM60,000.0

    c) Membeli sebuah van terpakai 15 penumpang yang bernilai kurang lebih RM 40,000.00

  2. Pembelian bas akan dibuat atas namaYayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM).

  3. Pihak kami tidak akan menggunakan tabungan ini untuk keperluan tanggungan bil-bil utilities, sewaan bangunan dan keperluan harian RKH. Tetapi sekiranya berlaku tunggakan bil dan sewaan yang boleh meyukarkan perjalanan asrama RKH & RSK pihak kami akan mengambil sekadar keperluan bagi meyelesaikan masalah tersebut.
Maklumat berhubung dengan bil-bil utiliti dan sewaan bangunan bagi RKH boleh diperoleh daripada:

Unit Kewangan YKPPM, Puan Fauziah bt. Che Hashim. No. Hp: 013-2575244


TAMBAHAN:
  • Sumbangan selain untuk Tabung Pembelian Bas ini masih diterima.
  • Sumbangan untuk keperluan dapur boleh terus di Bank-in ke salah satu akaun yang dinyatakan di atas.
  • Sumbangan untuk menjelaskan bil-bil utiliti dan sewaan bangunan sila berurusan terus dengan Puan Fauziah bt. Che Hashim.

Sekian, semoga yang membantu akan dibantu, wassalam.

Yang berusaha,
ROHANA BINTI ALI
Penasihat Rumah Kasih Harmoni

ALAMAT & PENGURUS RKH

RUMAH KASIH HARMONI - RKH
No. 1, Jalan Desa 13/3, Bandar County Homes,
48000 Rawang, Selangor D.E.
LAMAN WEB: www.rkh.ykppm.org.my
PENGURUS: Usth. Muthi’ah bt .Yaakob:
HP: 019-3133430 / 013-6397015

1 comment:

natasya said...

Salam.
Sama2lah kita sambut usaha murni ini. Kita sendiri nak menjayakan mungkin agak berat, yang mampu kita lakukan ialah memperpanjangkan mesej ini kepada syarikat2 yang mempunyai budget untuk tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.

Yang membantu akan dibantu!!! Insya Allah

Post a Comment