Monday, December 17, 2012

Karnival Si Jantung Hati

Karnival ni dibuat tujuan pengumpulan dana untuk anak-anak kecil yang sedang berjuang untuk hidup, yang mungkin sebaya dengan anak korang.


Bila?                  23 Disember 2012 - Ahad
Kat mana?         Dewan Annexe, UiTM Shah Alam
Pukul berapa?    10 pagi sampai 6 petang.

Aku cut & paste saja ya.





Kami dengan sukacitanya menjemput tuan dan puan bagi memeriahkan karnival amal ini, dengan pelbagai pengisian dan aktiviti yang menarik. Antaranya adalah:


  • Booth jualan buku, makanan, pakaian dan pelbagai lagi, dalam dan di luar dewan.
  • Sesi lelongan barang.
  • Jualan benih-benih sayuran dan tanaman organik.
  • Pertunjukan dan perkongsian cara menggendong bayi (babywearing), lampin kain (cloth diapering), dan asuhan alami.
  • Khidmat kaunseling penyusuan secara PERCUMA.
  • Aktiviti kraf felt dan melukis untuk kanak-kanak.
  • 'Bouncy Castle'.
  • Jualan bundle.
  • Tayangan 'Gentle Birth'.
  • Kawasan dewan yang selesa untuk anak-anak dan ibu bapa.
  • Kemudahan bilik penyusuan, tandas, dan parkir yang mudah.

________________

Mari sama-sama sertai kami dalam memeriahkan karnival ini. Isikan form berikut sebagai menyatakan kehadiran tuan dan puan :)

http://bit.ly/RqTy4i 

Hashtag twitter #karnivalsijantunghati #tabungdoaibrahim

Semoga dengan terlaksananya karnival ini, objektif mengumpul dana tercapai, malah dapat turut membantu sahabat-sahabat adik Ibrahim yang lain. Kehadiran adalah percuma! Terima kasih.

1 comment:

Ushumi Hamdan said...

Assalamualaikum,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Al-I’tisam Relief Program atau ringkasnya ARP merupakan sebuah pertubuhan NGO yang menjalankan kerja-kerja bantuan kemanusiaan didalam dan juga luar negara.

Untuk makluman pihak tuan, aktiviti Al-I’tisam Relief Programme (ARP) telah dijalankan sejak tahun 2006 dan sehingga kini aktif menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan seperti program Ceria palestin“Stand Up For Gaza” untuk bantuan ekonomi, masjid, pendidikan, fakir miskin dan anak yatim, Prihatin Kemboja ARP membantu membina telaga air bersih, baik pulih sekolah agama, elaun kepada imam, korban serta lain-lain. Manakala Ceria Malaysia ARP menghulurkan bantuan kebajikan di sekitar anak kariah serta mengumpulkan dana bagi pembinaan Masjid Al-I’tisam yang kini dalam keadaan uzur. Di Sabah dan Sarawak juga ARP menjalankan program dakwah serta sumbangan kebajikan.

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan sama ada dalam bentuk tajaan cenderahati atau pun kewangan untuk menampung perbelanjaan bagi merealisasikan misi kami kepada golongan-golongan yang memerlukan.


Sumbangan dalam bentuk kewangan boleh disalurkan melalui akaun :

AL-I’TISAM RELIEF PROGRAM/PERTUBUHAN CERIA AL-I’TISAM MAYBANK(NO. AKAUN : 562478141589) /CIMB
(NO. AKAUN : 121310000632103) atau BANK ISLAM (NO. AKAUN : 12 038 01011 4731.

Untuk maklumat lanjut, boleh dikemukakan Umi (017-3094523) atau talian pejabat 03-78461880 atau faxkan kepada
03-78460477. http://arp.org.my/v1/

Post a Comment