Monday, May 19, 2014

Projek Pembesaran Surau Sekolah Menengah Agama Unwanus Saadah

Dari Facebook.


Assalamualaikum wm.wbt

Peluang untuk beramal dan mendapat pahala berterusan hingga ke alam barzakh....

Pihak Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah, Kanchong Darat, Banting, Selangor, sedang mencari dana kewangan untuk projek pembesaran surau sekolah iaitu Surau Darus Saadah. Anggaran kos keseluruhan ialah berjumlah RM350 000, manakala dana semasa yang telah terkumpul sekarang berjumlah RM29 000. Jika dana telah mencapai 80%, kerja-kerja pembesaran dapat dimulakan dengan segera.

Surau sedia ada sekarang tidak dapat menampung jumlah pelajar sekolah yang semakin bertambah. Surau ini digunakan untuk solat zohor berjamaah, program-program sekolah dan lain-lain aktiviti kerana ketiadan dewan sekolah.

Sesiapa yang berminat menambah pahala 'jariah'.....bolehlah menghulurkan sumbangan ke akaun

Tetuan Surau Darus Saadah
12074010052072
Bank Islam Cawangan Banting.

Sebahagian gambar penggunaan Surau Darus Saadah




No comments:

Post a Comment